Wednesday, February 12, 2014

Dirogol 7 orang kerana pertahankan Islam

pilihanraya kini     3:30 PM    



Seorang gadis Rohingya berusia 16 tahun menceritakan detik hitam kepada agensi berita Turki, Anadolu Agency (AA), bahawa dia diperkosa oleh sekumpulan anggota polis dan warga Rakhine.

Kejadian itu berlaku ketika masyarakt Buddha sedang melakukan penghapusan etnik Rohingya di Du Chee Yar Tan, Rakhine.

Sementara itu, sumber melaporkan seramai 50 orang maut pada bulan lepas akibat kejadian amuk oleh ekstremis Buddha yang disokong oleh anggota polis di sana. Mereka membunuh orang tua, perempuan dan anak-anak. Seluruh kampung yang didiami masyarakat Rohingya dibakar. Menurut sumber, pihak polis terlibat dalam kejadian itu.

Mangsa memberitahu, pihak polis menembak penduduk di kampungnya ketika cuba memadamkan api.

Jadi dia terpaksa melarikan diri untuk mengelak ditembak. Ketika berusaha melarikan diri, dia ditangkap oleh anggota polis dan dibawa ke pejabat polis di situ.

"Polis membawa saya ke tempat pasar antara Du Chee Yar Tan dan kampung Rakhine Khayae Myuing. 

"Mereka kemudian menempatkan saya di sebuah kedai dan dikunci di situ," katanya.

Pada awalnya, dia menceritakan bahawa pihak polis mendesak dirinya supaya meninggalkan Islam ketika disoal siasat. Gadis itu diminta supaya memeluk agama Buddha.

"Saya cakap tidak, saya tidak akan murtad," jelasnya kepada agensi berita Turkey.

Mereka kemudian memukul gadis itu.

"Saya ditampar, dipukul dengan tongkat oleh mereka.

"Saya ingat dengan jelas. Tepat sebelum fajar, ada orang Rakhine pertama masuk. Dia terus memperkosa saya. Kemudian yang lain datang satu per satu. Kesemunya tujuh orang, 3 anggota polis dan 4 orang Rakhine," ujarnya menceritakan detik hitam sambil mulai menangis.

Gadis itu kini trauma dan dikhuatiri berhadapan masalah tekanan jiwa ekoran kejadian yang menimpanya itu. - Pilihanrayakini


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.