Sunday, February 23, 2014

Guru boikot himpunan anjuran Pakatan Rakyat

pilihanraya kini     8:48 AM    


'Himpunan 222: Mansuh PBS' anjuran Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) menerima tamparan hebat apabila gagal mendapat sambutan seperti dirancang oleh mereka sebelum ini.

Kumpulan itu kononnya menyasarkan ratusan ribu para guru akan turun dan sertai himpunan itu, namun hanya lebih kurang 50 orang sahaja kelihatan dan sebahagian besarnya bukan guru tetapi mereka adalah penyokong Pakatan Rakyat (PR).

Kumpulan itu menggunakan Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi sebagai lokasi himpunan membantah pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS).

Mereka berkumpul di satu bilik mesyuarat masjid berkenaan dan diadakan dalam format sidang media selama dua jam bermula sekitar jam 2.30 petang.

Kumpulan itu sebenarnya didalangi oleh parti pembangkang dan cuba berpura-pura mewakili guru-guru di Malaysia.

Pemimpin PR yang hadir adalah Anggota Parlimen Serdang, Ong Kian Ming; Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat; bekas calon pilihan raya kecil Tenang serta bekas guru, Normala Sudirman, koordinator Jingga 13 dan bekas guru, Fariz Musa; serta aktivis Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Zul Hazmi. - Pilihanrayakini


12 comments :

Anonymous said...

Aku tak faham, macam mana pekerja boleh pertikaikan arahan dan tugasan dari majikan mereka. Kalaulah rasa tak mampu, elok la berhenti dan cari kerja lain yang tidak membebankan dan menyusahkan hidup.

Anonymous said...

Cikgu sekarang memang tak sedar diri.. Jiwa pendidik sudah tiada dalam diri mereka.. Kalau nak masukkan data, hanya melibatka kelas yang mereka ajar sahaja.. satu ada beribu orang ke? nak masukkan data pun susah... bodoh cikgu sekarang ni...

Anonymous said...

alahai cikgu sekarang...nak senang je..tak boleh nak korban skit..

Anonymous said...

cikgu sekarang ni bukan nak mendidik sgt.. mentang2 lah banyak insentif..naik lemak pulak..

Anonymous said...

cikgu2 sekarang ni kena banyak muhasabah diri...

Anonymous said...

Apa nak jadi dengan cikgu sekarang ni? gaji dah mahal, bilik guru sudah ada aircond.. Apa lagi mereka mahu?

Anonymous said...

Bertaubat lah wahai cikgu2.. tapi ada ramai lagi cikgu2 yang muhasabah diri..

Anonymous said...

Kalau macam ni lah perangai mereka.. Cikgu bukan lagi kerjaya yang mulia...puiii

Subhanallah.... saya cikgu... saya sedih membaca komen2 anda diatas... anda memberi komen sebab anda tidak tahu ape pun PBS tu sebenarnya..

Mohon baca sini
Untuk anda jelas dan faham kenapa guru membantah PBS... ini bukan hanya kerana cikgu.. ini untuk generasi akan datang..

http://yangsukasukasahaja.blogspot.com/2014/02/pbs-pandangan-peribadiku-selaku.html?m=1

http://yangsukasukasahaja.blogspot.com/2014/02/pbs-pandangan-peribadiku-selaku.html?m=1

http://yangsukasukasahaja.blogspot.com/2014/02/pbs-pandangan-peribadiku-selaku.html?m=1

Anonymous said...

Berbincang lah secara baik.. yang penting hasil nya pada pelajar..

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.