Tuesday, February 4, 2014

Hentikan isu Anwar bakal MB Selangor - Pemuda Pas

pilihanraya kini     1:23 PM    


Meskipun PAS Pusat menyokong Datuk Seri Anwar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang kali ini, ia tidak bermakna Pemuda PAS bersetuju melantik Penasihat Ekonomi Selangor itu sebagai Menteri Besar yang baru.

"Pemuda PAS bertegas menyokong Anwar sebagai calon PRK Kajang tapi tidak bermakna Pemuda PAS bersetuju beliau menjadi MB yang baru.

"Pemuda PAS mendesak agar isu MB dihentikan segera kerana rakyat telah muak dengan polemik tak berkesudahan.

"Kita sebut hal ini dalam Mesyuarat Lujnah Politik Pemuda PAS malam tadi. MB masih pegang jawatan itu. Kita khuatir ia akan berpanjangan melibatkan rakan-rakan PR dan pihak istana," katanya di sidang media parti itu di ibu pejabat PAS, pagi ini.

PRK DUN Kajang diadakan setelah penyandangnya Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi itu untuk memberi laluan kepada Anwar.

Tindakan itu juga dikatakan merintis jalan untuk Anwar dilantik menjadi Menteri Besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Keputusan itu juga kononnya bagi melerai perbalahan yang berlaku antara Khalid dan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali.

Dalam sidang media yang sama, Suhaizan mengakui Pemuda PAS kesal dengan alasan pengosongan kerusi tersebut yang padanya membazir dana awam.

"Kita khuatir permainan pihak lain yang inginkan ia berpanjangan hingga lupakan kepentingan rakyat Selangor,"

"Kita kesal dengan tindakan itu, membazir masa dan duit rakyat. Ia mendedahkan PR kepada risiko kemerosakan sokongan rakyat," katanya.

Dalam hal berkaitan, Pemuda PAS Pusat melalui Mesyuarat Lujnah Politiknya membuat ketetapan melantik Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Selangor, Hairul Nizam Tohar sebagai Ketua Penyelaras Pilihan Raya PRK Kajang bagi parti itu. - Antarapos


1 comments :

Anonymous said...

dah makin merepek parti pas ni

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.