Tuesday, February 18, 2014

Kes tuntutan fasakh Nurul Izzah didengar hari ini

pilihanraya kini     2:30 PM    


Suami Ahli Parlimen Lembah Pantai, Raja Ahmad Shahrir Iskandar tiba di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, hari ini bagi menghadiri sebutan kes tuntutan fasakh isterinya, Nurul Izzah Anwar untuk berpisah.

Memetik laporan The Malaysian Insider, sebutan semula kes tuntutan fasakh Nurul Izzah, 34, ke atas suaminya Raja Ahmad Shahrir, 35, di hadapan Hakim Syarie, Ab Malek Awang selepas sebutan kali pertama pada 22 Januari lalu.

Anak perempuan sulung ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan perceraian di bawah Fasakh (untuk membatalkan perkahwinan itu) pada akhir Disember melalui petisyen di Mahkamah Syariah.

Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 52 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 1984.

Laporan itu mendakwa, suaminya, Raja Ahmad Shahrir dipercayai sudah menerima petisyen itu pada 16 Januari lalu, meminta penangguhan dua minggu berhubung perkara itu bagi menyediakan kesnya.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir berkahwin pada 9 Mei 2003.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata, seorang puteri berumur tujuh tahun dan putera empat tahun. - Sinar Harian


1 comments :

Anonymous said...

Berita Terkini
Sultan Melaka
tangguh hajat
semada nak Nurul
atau Erra Fazira
ahaksss..

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.