Tuesday, February 25, 2014

Lagu Herman Tino buat penyokong PR panas punggung

pilihanraya kini     4:45 PM    


Lagu tema pilihan raya kecil DUN Kajang nyanyian Herman Tino berjudul 'Nyamuk Nakal Lipas' akan dimuatnaik di internet tidak lama lagi.

Penyanyi dangdut itu berkata, ia akan dimuat naik di YouTube.

Menyifatkan dirinya seperti 'nyamuk nakal', Herman secara ringkas menyatakan bahawa lipas liar itu merujuk kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang bertanding di kawasan berkenaan yang dilihat sebagai langkah pertama untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Sebahagian lirik lagu berbunyi: "Aku nyamuk yang nakal, engkau lipas yang liar. 

"Kajang saksi engkau menggila. 

"Engkau memang ternama, engkau gila kuasa." 

Sambil menegaskan bahawa dia tidak dibayar oleh sesiapa untuk memecahkan undi, Herman berkata dia mahu bertanding dalam semangat demokrasi. 

"Jika pengundi melihat saya sebagai mengganggu undi, maka saya tidak akan bertanding," katanya. 

Penyanyi berusia 60 tahun itu, yang mengungguli carta teratas sekitar 1980-an mencipta #Herman4Kajang Twitter untuk mengukur reaksi berhubung hasratnya untuk bertanding kerusi DUN itu. 

Herman berkata rakyat Selangor secara amnya tidak mahu orang luar memimpin pentadbiran negeri. 

"Kami mahu pemimpin yang bijak, bukan pemimpin orang sombong," katanya. 

Kerusi Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri PKR Lee Chin Cheh hampir lapan bulan selepas pilihan raya umum ke-13. 





0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.