Wednesday, February 12, 2014

'Man Namblast' ditahan polis

pilihanraya kini     10:30 AM    


Polis menahan pemilik akaun Facebook yang memuat naik status menyentuh sensitiviti agama dalam akaunnya semasa sambutan perayaan Thaipusam Januari lepas.

Penangkapan suspek yang menggunakan nama 'Man Namblast' dalam Facebook itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun twitternya petang semalam.

Menurut sumber, suspek dikatakan adalah seorang lelaki berbangsa India. Bagaimanapun, tiada maklumat terperinci didedahkan berkenaan tangkapan itu.

Pada 17 Januari lepas, suspek memuat naik status yang menyentuh sensitiviti penganut Hindu semasa sambutan Thaipusam, dalam akaunnya.

Berikutan itu, pelbagai pihak menggesa polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhdap pemilik akaun berkenaan kerana menggugat perpaduan dan keharmonian antara kaum dan agama di negara ini. - Pilihanrayakini


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.