Monday, February 10, 2014

MCA gesa SPR ambil tindakan

pilihanraya kini     8:55 AM    


Tindakan pihak Pakatan Rakyat (PR) mengadakan kempen awal sempena PRK DUN Kajang perlu dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah tersebut perlu diambil ekoran pihak terbabit kerana PR telah melanggar peraturan pilihan raya yang dikeluarkan oleh pihak SPR.

Lagi pun, katanya, pihaknya telah menerima banyak aduan daripada bahagian MCA di Selangor berlakunya kempen awal oleh pihak-pihak tertentu bagi kawasan PRK Kajang.

“Mereka (cawangan MCA) telah melahirkan rasa tidak puas hati ekoran berlakunya pelanggaran peraturan pilihan raya bagi PRK DUN Kajang ini.

“Saya rasa SPR memang tahu tentang perkara ini dan mereka perlu ambil tindakan kepada sesiapa yang telah bertindak tanpa mempedulikan peraturan,” katanya pada sidang akhbar di sini petang tadi.

Tiong Lai memberitahu, MCA juga akan membuat aduan kepada SPR berhubung perkara yang sama tidak lama lagi.

Tiong Lai menjelaskan, MCA mempunyai misi penting dalam PRK DUN Kajang iaitu menumpukan agenda mendekati rakyat.

Beliau berkata, MCA lebih berminat untuk berkhidmat kepada seluruh lapisan masyarakat berbanding pihak-pihak tertentu yang hanya bertumpu kepada agenda pilihan raya.

“MCA berkhidmat bukan untuk pilihan raya tetapi bukan sahaja di Kajang tetapi di semua negeri. Ini adalah komitmen MCA,” ujarnya lagi. 


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.