Wednesday, February 12, 2014

Media Pakatan Rakyat tidak siar kes rayuan Anwar

pilihanraya kini     1:30 PM    


Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak permohonan rayuan kali kedua Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat membabitkan dirinya.
 
Lima panel hakim membuat keputusan itu diketuai Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Tan Sri Richard Malanjum, Datuk Suriyadi Halim Omar, Datin Paduka Zaleha Zahari dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.
 
Sementara Anwar diwakili peguam Latheefa Koya dan S. Sivarasa Rasiah yang diketuai Tommy Thomas.
 
Sementara Muhammad Shafee Abdullah ketika ditemui pemberita selepas mendengar keputusan itu melahirkan kegembiraan beliau sambil menyifatkan ia sebagai alasan yang tepat.
 
 "Ini satu keputusan yang saya memang sudah jangka, rayuan ini tiada asas dan hanya tuduhan,"
 
"Alasan yang kita sudah pun melalui semasa berhujah, ia diterimapakai dan alasan yang amat tepat," ujar beliau.

Namun hasil pemantauan dibuat terhadap media pro Pakatan Rakyat (PR) seperti Malaysia Insider dan lain-lain, portal berkenaan tidak melaporkan keputusan mahkamah rayuan itu.

Kebanyakkan blog milik penyokong PR tiada langsung mengulas tentang keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan itu.

Tindakan mereka itu dilihat sengaja dibuat supaya berita itu tidak disensasikan dan khuatir akan mengganggu strategi PR menjelang PRK N25 Dun Kajang kerana ia melibatkan reputasi terhadap calon PR iaitu Anwar sendiri.

Hari ini adalah kemuncaknya, Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Saiful Bukhari berkenaan kes liwat II. - Pilihanrayakini


1 comments :

Anonymous said...

Insyaalah, yang hak akan menang yang bathil akan kalah. Kalau selamat di dunia belum tentu selamat di akhirat. Mulut akan ditutup anggota lain akan memberi penerangan. Terutamanya bahagian sulit itu akan bercakap masa itu nak kelentong apa lagi.
Tunggulah pembalasannya di dunia dihina di akhirat akan mendapat pembalasannya

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.