Wednesday, February 26, 2014

Nasrudin Hassan petik gitar demi dakwah

pilihanraya kini     11:00 AM    


Tempohnya sebagai ketua pemuda PAS sebelum ini sering dikaitkan dengan bantahan terhadap konsert dan sambutan Hari Valentine.

Maka, ia adalah satu kejutan apabila Nasrudin Hassan yang kini merupakan MP Temerloh memetik gitar untuk program dakwah jalanan 'Street Dakwah'.

Lengkap berjubah dan berserban, Nasrudin menyertai satu kumpulan pemuzik yang membuat persembahan di depan gedung beli-belah Sogo, Kuala Lumpur petang semalam.

Dalam masukan di laman sosial Facebook miliknya, ahli jawatankuasa PAS pusat itu menyifatkan persembahan itu sebagai satu "variasi dakwah".

"Pendekatan ini sangat berkesan namun memerlukan komitmen penglibatan dari dae'i (pendakwah) kita," kata beliau.

Nasrudin, yang masih lagi belajar memetik gitar, mengundang respons dari pengikut laman Facebook-nya.

"Pakai serban jangan ingat tak pandai main gitar... tabik sama awak," tulis seorang pengguna Facebook dengan nama Jamel Rawi.

Pemuda PAS yang kini dipimpin Suhaizan Kaiat, mengambil pendirian yang lebih lunak terhadap sambutan Hari Valentine awal bulan ini dan menggesa 'Street Dakwah' dipromosikan. - Malaysiakini


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.