Thursday, February 27, 2014

Nik Nazmi kata PBS idea baik

pilihanraya kini     5:00 PM    


Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah idea yang baik namun perlu diberikan penjelasan yang lebih menyeluruh, kata ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Katanya, jika PBS tetap akan diteruskan April depan, kedua-dua Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Idris Jusoh perlu membuat kajian dengan lebih mendalam agar pelaksanaannya tidak membebankan mana-mana pihak.

"Jika kerajaan mahu memperbaiki PBS mulai bulan April, saya tidak ada masalah tentang itu tetapi harus dijelaskan dengan terang.

"Ini kerana saya mendapat maklum balas daripada guru bahawa mereka sehingga sekarang masih tidak dapat penjelasan yang terang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

PBS adalah sebahagian usaha kerajaan melahirkan pelajar serba boleh berbanding sistem pendidikan berdasarkan peperiksaan semata-mata.

Bagaimanapun sistem itu mendapat bantahan daripada banyak pihak terutama golongan pendidik.

"Pelajar dan ibu bapa juga tidak pasti bagaimanakah mereka akan dinilai, khususnya pelajar tingkatan tiga bagi tahun ini yang menjadi golongan pertama melalui PBS.

"Ada yang diberitahu meskipun PMR tiada tetapi mereka akan dinilai dengan penilaian seakan-akan PMR. Lantas matlamat PBS itu sendiri terjejas dan lebih penting lagi, seperti kes Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), sekali lagi anak kita menjadi bahan ujikaji pendidikan setengah masak." katanya.

Sistem PBS juga kata Nik Nazmi telah menyebabkan Malaysia sudah jauh ketinggalan berbanding negara jiran lain dari segi pendidikan.

"Hakikatnya kita sudah ketinggalan dalam bidang pendidikan, dengan statistik terkini penilaian antarabangsa Trends in International Mathematics and Science Studies (TIMSS) 2011 dan Programme in International Students Assesment (PISA) 2012 di mana pelajar negara mencatatkan kemerosotan berbanding penilaian sebelumnya," kata Nik Nazmi.


1 comments :

Anonymous said...

the bullshit talking shiit. the opponent is very good at talking things around the bush but the content is nill.
its their trademark to be talking about anything under the sky even though not within their niche area...thus the outcome kinda bullshit. am not sure abt other areas but this is my niche. so i know he is raw wt his statements.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.