Monday, February 3, 2014

'Pak Ya' cetus kontroversi, dedah rahsia Azmin

pilihanraya kini     12:30 PM    


Penulis buku politik tanah air, Yahaya Ismail atau lebih dikenali sebagai 'Pak Ya', mencetuskan kontroversi apabila membuat pendedahan tentang kelakuan Azmin Ali suatu ketika dahulu di dalam laman 'Facebook'.

Dalam entri terbarunya, beliau mendedahkan bahawa Azmin pernah mendapat rawatan di Hospital Tawakal di Jalan Ampang sebaik sahaja pulang dari menyambung pelajaran di Amerika Syarikat.

"Betul atau tidak anda masuk Hospital Tawakal di Jalan Ampang sekembali dari Amerika, dan salah seorang saudara anda membawa anda untuk dirawat di situ? Betul atau tidak dubor anda berdarah sewaktu dirawat di Hospital tersebut? Cakap benar, rakyat ingin tahu. Tapi Allah Maha tahu", soal Yahaya dipetik dari laman 'Facebook'-nya.

Yahaya sebelum ini memang terkenal dengan penulisan buku yang kontroversi. Beliau pernah mengarang sebuah buku berjudul 'Tuah dan Sial Khairy Jamaluddin' yang menggemparkan politik UMNO suatu ketika dahulu.  

Antara tulisan bukunya yang terkenal ialah 'Amaran Terakhir untuk UMNO', 'Anwar & Nalla: Seks + Judi & Konspirasi', 'Siapa kebal, Mahathir atau Raja-raja Melayu?'

Beliau juga pernah menjadi rakan karib kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Pilihanrayakini


2 comments :

Anonymous said...

banyak orang kata Azmin kekasih gelap Anwar...tak terkejut beb...sondol jgn tak sondol...banyak orang melau buta...

Anonymous said...

Tak menjadi kepelikan kalau Azmin pun kena sondol dgn Anwar

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.