Friday, February 7, 2014

Pemimpin PR mula bersandiwara, elak kalah di Kajang

pilihanraya kini     5:30 PM    


Kenyataan oleh Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie dan Pengerusi DAP negeri itu, Tony Pua bahawa kekalahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang akan memberikan satu malapetaka yang besar buat Pakatan Rakyat (Pakatan) sengaja dibuat untuk meraih simpati.

Kononnya hal ini kerana pertaruhan untuk kerusi tersebut melibatkan keseluruhan aspek, bukan sahaja kredibiliti PKR dan Pakatan, bahkan kredibiliti seorang pemimpin yang bertaraf antarabangsa.

Menurut pemerhati politik, kenyataan-kenyataan oleh pemimpin PR tentang hidup mati pakatan itu sengaja ditimbulkan untuk meraih simpati rakyat demi memastikan kemenangan PR di situ.

"PR sebernarnya mulai bimbang apabila kebanyakkan kaum cina di sana merancang untuk tidak turun mengundi pada 23 Mac nanti.

"Jika kaum cina tidak turun mengundi, Anwar dijangka sukar untuk menang di situ," jelas pemerhati politik itu.

Beliau meramalkan, banyak kejutan akan muncul menjelang hari pembuangan undi nanti.

Semenjak pengosongan kerusi Dun Kajang oleh penyandangnya, Lee Chin Cheh akhir bulan lalu serta keputusan meletakkan Anwar sebagai calon di DUN tersebut, berbagai kritikan dilemparkan termasuk daripada sekutu PKR sendiri iaitu PAS, yang nyata kurang senang dengan strategi tersebut.

Pemuda PAS secara terbuka menolak Anwar sebagai calon secara tidak langsung menggambarkan bahawa parti berteraskan Islam tersebut tidak mudah 'dicucuk hidung', walau ia membabitkan Ketua Pembangkang.

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat sebelum ini berkata walaupun sayap itu menyokong Anwar sebagai calon namun ia tidak bermakna mereka bersetuju beliau menjadi menteri besar Selangor baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. - Pilihanrayakini


1 comments :

Anonymous said...

Biak pi lah apa nak jadi... bn tak yah bertanding... nanti lenyap pulak isu asal... adun letak jawatan semata2 anwar nk jadi mb. Persepsi akan memihak pada pr jika bn bertanding

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.