Wednesday, February 12, 2014

Pencuri tabung Masjid dicekup

pilihanraya kini     12:30 PM    


“Tidak serik, atau sengaja,” itulah luahan ahli-ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) Telok Datok apabila sekali lagi berjaya menangkap seorang lelaki yang dipercayai berhasrat mencuri duit tabung masjid di Masjid As Syariff, Telok Datok.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 pagi semalam disedari oleh sekumpulan SRS apabila melihat sebuah kenderaan jenis Kancil berwarna kelabu berhenti dalam keadaan mencurigakan berhampiran masjid.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga, Khairul Abdul Samad berkata, ketika anggota SRS membuat rondaan mereka terserempak kenderaan terbabit lalu bertindak memasuki kawasan masjid.

Menurutnya, sekumpulan anggota SRS terkejut apabila melihat seorang suspek berusia 30-an dipercayai sedang asyik mencuba mencuri duit tabung masjid dengan menggunakan lidi yang bergam di hujungnya.

“Suspek yang menyedari tindakan jahatnya diperhatikan sekumpulan SRS bertindak cuba melarikan diri. Suspek cuba melarikan diri, namun berjaya diberkas oleh anggota SRS terbabit setelah mengejarnya kira-kira 50 meter jarak berhampiran Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Dalam aksi kejar mengejar itu, suspek turut cuba mengelirukan anggota SRS tetapi gagal. Suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis yang turut tiba di lokasi kejadian,” katanya.

Jurucakap polis memaklumkan suspek turut mempunyai jenayah lampau namun masih dalam siasatan lanjut.

Sebelum ini, tabung masjid di kawasan taman perumahan tersebut pernah dijadikan sasaran mencuri oleh remaja berusia 18 tahun. Namun, remaja berkenaan berjaya ditahan anggota SRS sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan. - Sinar Harian


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.