Wednesday, February 12, 2014

Penduduk meluat tengok gelagat Anwar

pilihanraya kini     7:45 AM    


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan gelagat meluat sejak namanya diumumkan pakatan pembangkang sebagai calon pembangkang yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 23 Mac ini.

Beliau yang mula turun berkempen di DUN itu sejak seminggu lalu dengan gaya seperti pemimpin besar, walaupun hanya berstatus Ahli Parlimen, menimbulkan rasa jelek dalam kalangan penduduk yang juga pengundi Kajang.

Gelagat pemimpin pembangkang lain ketika datang berceramah seperti Penasihat Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dengan bercakap besar seolah-olah hanya Anwar yang layak diangkat menjadi perdana menteri juga menyebabkan ceramah parti itu tidak mendapat sambutan.

“Ini kerana orang ramai sudah meluat dengan sikap ego, hipokrit dan tinggi diri pemimpin berkenaan. Bagi mereka, hanya mereka sahaja yang betul, baik dan amanah, orang lain tidak betul, tidak baik dan tidak amanah.

“Walhal, kalau mengikut rekod, pemimpin yang dipuja dan diangkat bagai raja ini yang mempunyai banyak rekod jenayah dan turun naik mahkamah,” kata seorang penduduk, Kamaruddin Abdullah.

Beliau berkata, macam mana pakatan pembangkang boleh bersetuju melantik Anwar sebagai Menteri Besar Selangor kalau masalah sekecil isu lebih 20 kakitangan kontrak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holding Sendirian Berhad (PHSB) yang dipecat minggu lalu pun gagal diselesaikannya.

Katanya, kalau sekadar memberi jaminan akan berbincang atau akan meneliti dan sebagainya dengan memberi harapan kosong, lebih baik Anwar melupakan hasratnya hendak menduduki takhta nombor satu kerajaan Selangor.

Seorang lagi penduduk, Zulkifli Hanipa berkata, baginya Anwar tidak lebih hanya pemimpin tidak bermoral, tetapi bijak dalam mengembar gemburkan provokasi sehingga beliau dilihat seolah-olah hebat.

“Dengan turut kata yang tidak pernah betul dan benar, Anwar selama ini hanya lebih kepada memainkan perasaan rakyat,” katanya yang meminta pengundi DUN Kajang tidak memilih pemimpin suka menabur janji kosong.

Menurut Zulkifli, Anwar bakal berdepan tentangan dan cabaran sengit daripada calon Barisan Nasional (BN) yang tidak akan melepaskan begitu sahaja kerusi berkenaan kepada PKR walaupun umum tahu kawasan itu kubu kuat pembangkang.

Beliau turut menempelak DAP dan Pas kerana tunduk akur kepada Anwar, walaupun kedua-dua parti berkenaan tahu Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mempunyai rekod moral yang tidak baik. – MalaysiaGazette


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.