Tuesday, February 25, 2014

Penduduk Shah Alam gempar temui mayat

pilihanraya kini     11:00 AM    


Mayat seorang lelaki Melayu ditemui di bahu Jalan Persiaran Bestari Seksyen 7 Shah Alam, di sini hari ini.

Mayat tanpa dokumen pengenalan diri itu ditemui oleh orang ramai pada jam 7.30 pagi dalam keadaan tertiarap.

Menurut sumber, lelaki bersusia 20-an itu dipercayai mati di tempat lain sebelum mayatnya ditinggalkan di bahu jalan berkenaan.

Mayat itu dihantar ke Hospital Klang untuk bedah siasat dan setakat ini polis mengklasifikasi kes itu sebagai mati mengejut. - Pilihanrayakini


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.