Tuesday, February 18, 2014

Peserta Imam Muda umum tandingi Exco AMK

pilihanraya kini     1:30 PM    

Imam Muda Ali Khairuddin (kiri).

Imam Muda Ali Khairuddin, peserta program realiti TV, Imam Muda Musim ke-2 menyatakan hasrat bertanding jawatan Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti itu akan datang.

Beliau yang merupakan ahli PKR Cabang Beaufort, Sabah, adalah calon pro kepada Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga menawarkan diri sebagai Ketua AMK Pusat.

Dengan bertemakan AMK Untuk Malaysia, kumpulan itu berhasrat untuk melonjakkan peranan anak muda bukan sahaja sebagai golongan pendesak bahkan menjadi komponen utama dalam pembuat dasar parti dan kerajaan menjelang PRU14 nanti. - Pilihanrayakini




1 comments :

Anonymous said...

Bodoh ke apa dia ni,ada ilmu ugama,tapi masih bersingkokol parti yg di ketuai oleh penganut liberalisma dan pluralisma.Tapi nak buat macam mana, Allah memberi pertunjuk hanya kepada sesiapa yg di kehendakinya,ikut takdir lah.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.