Wednesday, February 26, 2014

Polis temui petunjuk penting kes bunuh pegawai JAIP

pilihanraya kini     8:24 AM    


Polis menemukan 'petunjuk penting' dalam siasatan kes pembunuhan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Allahyarham Ahmad Raffli Abdul Malik, November tahun lalu.

Ini berikutan penangkapan tiga individu di Papar dekat sini Sabtu lalu yang menemukan beberapa dokumen, telefon bimbit dan komputer riba serta wang tunai RM6,000 yang dipercayai ada kaitan dengan kes tersebut.

"Dua daripada suspek tersebut dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan Allahyarham Ahmad Raffli," kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib di sini semalam.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.