Monday, February 3, 2014

PRK Bukit Antarabangsa selepas Kajang?

pilihanraya kini     1:30 PM    


Kini timbul pula spekulasi kononnya akan ada lagi pilihan raya kecil (PRK) selepas PRK Dun Kajang.

Ini berikutan Azmin Ali akan dijangka melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa sebagai syarat supaya Tan Sri Khalid Ibrahim melepaskan jawatan eksekutif itu kepada Anwar Ibrahim.

Menurut sumber, Menteri Besar Selangor itu hanya akan melepaskan jawatan MB kepada Anwar Ibrahim jika Azmin Ali turut meletakkan jawatan sebagai Adun Bukit Antarabangsa.

Jika berita itu benar, satu lagi PRK dijangka akan berlangsung selepas PRK Dun Kajang.

Khalid sebelum ini menyatakan bahawa, jawatan eksekutif itu adalah kuasa mutlak Sultan Selangor, DMM Sultan Sharafuddin Abdul Aziz Shah. Jadi adalah menjadi kuasa Sultan untuk melantik sesiapa dari kalangan wakil rakyat memegang jawatan Menteri Besar Selangor yang diyakini mampu memimpin negeri Selangor. 

Beliau juga menolak kemungkinan bahawa Anwar Ibrahim akan menggantikannya sebagai menteri besar.

Berita itu kini mula menjadi bahan gosip di kedai-kedai kopi dan dicerita sendiri oleh seorang pemimpin Pakatan Rakyat (PR) di Selangor. - Pilihanrayakini


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.