Friday, February 14, 2014

Rumah wartawan terkenal kena rompak

pilihanraya kini     11:30 AM    


Kediaman wartawan TV3 Datuk Karam Singh Walia di Taman Sri Andalas, di sini dipecah masuk petang semalam.

Kejadian itu hanya disedari isterinya, 55, yang pulang ke rumah jam 4 petang semalam dan terkejut melihat pintu pagar telah dirosakkan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarulzaman Mamat berkata, perompak membawa lari televisyen dan barangan berharga milik mangsa.

Menurutnya, kereta milik Karam Singh jenis Wolkswagen Passat turut dilarikan suspek. - HM


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.