Wednesday, February 12, 2014

"Saya kenal Anwar sejak tingkatan 6" - Shafee

pilihanraya kini     9:30 AM    


Peguam Pendakwaraya, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah mengakui lebih mengenali peribadi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim secara dekat berbanding pemimpin-pemimpin lain.

Menurut Shafee, perlantikan yang beliau terima daripada Jabatan Peguam Negara untuk mewakili barisan pendakwaan dalam kes liwat membabitkan Anwar itu bagaimanapun bertindak atas kapasiti profesional.

"Selagi tiada kepentingan kehendak, saya akan pertimbangkan, bahkan saya lebih mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Najib, Abdullah Badawi. 

"Saya mengenali Anwar daripada tingkatan enam," katanya kepada pemberita di Istana Kehakiman di sini semalam.

Tambahnya, perkenalan dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terus berpanjangan ketika bersama-sama melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi. 

"Saya kenal beliau (Anwar), salah seorang pensyarah iaitu Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad yang juga merupakan guru saya, begitu rapat dengan Anwar. Oleh sebab itu dan juga Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Anwar kerap kali dijemput untuk berceramah bahkan kami juga berasal dari negeri sama Pulau Pinang serta kerap berjumpa," 

"Satu tahu dia (Anwar) sebagai salah seorang ketua parti politik. Namun bagi saya, bila saya buat (terima) kes, terpulang kepada siapa yang hendak ambil perkhidmatan saya, asalkan tiada kepentingan kehendak, saya akan buat. Kalau hendak tahu betapa bebasnya saya, saya sebelum ini bersama-sama terlibat dalam kes dimana UMNO berjaya diharamkan," ujar beliau.

Sebelum ini mahkamah menerusi lima panel hakim yang diketuai Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara menolak permohonan rayuan kali kedua Anwar untuk menggugurkan peguam Muhammad Shafee daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat membabitkan dirinya.


1 comments :

Anonymous said...

1. Kita belum tahu lagi bagaimana Peguam Pendakwaraya, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah ini boleh mencabar sehingga anwar dihukum.
2. Mungkin juga jadi seperti Hakim Zabidah dulu. Enggan ditukarkan menghakimi kes B abi peliwat.
3. Mungkin Hakim dan Shafee Abdullah, panel hakim yang diketuai oleh Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin ini juga akan dibeli oleh pemimpin-pemimpin dan bos solid cinabeng parti kencingkan rakyat.
4. Mungkin juga sesiapa yang terlibat dalam korupsi beli hakim dan beli pendakwa raya akan simpan wang di luar Negara untuk mengelakkan penipuan.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.