Wednesday, February 26, 2014

Selangor akhirnya tanda tangan

pilihanraya kini     3:17 PM    


Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor hari ini menandatangani memorandum persefahaman bagi penstrukturan industri air di Selangor.

Perjanjian tersebut membuka laluan untuk pembinaan pusat rawatan air Langat 2.

Sebelum ini, kerajaan negeri menolak projek Langat 2 dengan alasan bekalan air adalah mencukupi untuk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2019, selain proses rundingan penstrukturan semula industri air Selangor antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan belum selesai.

Khalid turut menyifakan projek Langat 2 bernilai lebih lapan bilion itu sebagai membazir dan membekukan beberapa kelulusan yang diperlukan oleh Putrajaya, menyebabkan projek itu terbantut sejak 2009.

Bagaimanapun awal Januari lalu, kerajaan negeri bersetuju memberi kelulusan itu di samping bekerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk mengambil alih syarikat konsesi air di Selangor melalui akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA).

Langat 2 merupakan sebahagian daripada Projek Pemindahan Air Mentah yang akan merawat 1.89 bilion liter air mentah untuk disalurkan ke Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2025, yang sebelum ini tidak dipersetujui kerajaan Selangor.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.