Tuesday, February 4, 2014

Syarat Khalid itu mengarut - Anwar

pilihanraya kini     2:00 PM    


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiada sebarang syarat dikenakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila beliau bersetuju dengan ‘percaturan Kajang’ yang kontroversi itu.

Dengan itu katanya, spekulasi bahawa Khalid tidak akan berganjak dari jawatan menteri besar yang disandangnya sekarang jika Ketua PKR Selangor, Azmin Ali tidak mengosongkan kerusi DUN Bukit Antarabangsa adalah “tidak benar” dan “tidak adil buat Khalid”.

“Jika awak kenal Khalid, (awak akan tahu) dia bukan jenis yang begitu. Bukan sahaja (spekulasi ini) tidak benar, ia juga tidak adil buat Khalid.

“Beliau ada menyatakan pandangannya, tetapi dikenakan syarat itu dan ini tak pernah ada,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas laporan The Star yang memetik sumber dekat dengan Khalid yang mendakwa beliau tidak akan berganjak sehingga Azmin mengosongkan kerusinya. - Malaysiakini


1 comments :

Anonymous said...

main montot je la nuar.KASI KAREN TU MONTOT KALID ATAK RASE KEMUT.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.