Wednesday, February 12, 2014

"Teresa bayar sedikit sahaja" - pelakon

pilihanraya kini     8:30 AM    


Pelakon yang memegang watak sebagai"Mrs Jit" dalam video ‘Onederful Malaysia CNY 2014’ dan melibatkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini mengaku menerima bayaran yang sedikit daripada ahli parlimen itu.

Mrs Jit - pakar feng shui dalam video itu digambarkan sebagai wanita gemuk berambut tebal yang menyukai barang kemas dan beg tangan.


"Dia (Teresa) bayar saya sikit saja.Ini adalah hak peribadi tetapi (bayaran) itu tidak terlalu banyak," katanya kepada pemberita sebelum diminta memberikan keterangan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) di sini, hari ini.

Manakala, Pelakon video tersebut yang berlakon sebagai Cik Yan yan, Ah Kok yang tiba di IPPKL jam 8.30 pagi tadi enggan mengulas berhubung jumlah bayaran yang diterimanya untuk melakonkan watak sebagai Pakar dalam Pelancongan dan Feng Sui.

"Maaf. Saya dipanggil hari ini untuk beri keterangan sahaja. Itu kamu tanya dia (Teresa)," katanya.

Selain itu, pelakon yang hanya dikenali sebagai Lim yang memainkan watak sebagai Brother Wai berjaya meloloskan diri dari pihak media selepas memberi keterangan kepada pihak polis.

Kesemua pelakon video kontroversi ‘Onederful Malaysia CNY 2014’ bersama Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini dipanggil untuk memberi keterangan di IPPKL.

Dalam klip video bertajuk ‘Onederful Malaysia CNY 2014′ berdurasi hampir 12 minit itu, Teresa yang juga Naib Pengerusi DAP berlakon sebagai moderator menemuramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baru Cina mendapat kecaman pelbagai pihak kerana mengeluarkan kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya mengenai pemimpin negara, sistem pendidikan dan isu keselamatan di Sabah. - RakyatNews


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.