Monday, February 10, 2014

Yuran PASTI membebankan - Ibu tunggal

pilihanraya kini     11:30 AM    


Seorang ibu kepada pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Shah Alam mengeluh kerana tadika itu mengenakan yuran bulanan yang tinggi.

Beliau yang enggan dikenali memberitahu, dengan kenaikan harga barang dan kos kehidupan yang meningkat di bandar, yuran yang dikenakan oleh PASTI sungguh membebankan.

"Pada awalnya saya tertarik dengan pelajaran agama yang ditawarkan di sini dan menyangka pusat asuhan ini adalah percuma memandangkan ia ditadbir oleh sebuah parti politik yang memperjuangkan pendidikan percuma.

"Saya juga mempersoalkan perkara ini kepada pihak pengurusan, mereka juga tiada jawapan. Sebaliknya mereka menyalahkan pihak kerajaan kerana tidak memberi pendidikan percuma," katanya ketika ditemui semalam.

Ujarnya lagi, beliau yang juga seorang ibu tunggal ada membuat rayuan supaya anaknya tidak dikenakan yuran kerana menghadapi kesempitan wang apatah lagi terpaksa menanggung dua orang lagi anaknya yang bersekolah.

Namun, rayuannya tidak dilayan oleh pihak pengurusan. 


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.