Tuesday, February 18, 2014

Zaid umpama barang tiruan - MSO

pilihanraya kini     10:30 AM    


BEBERAPA rakan FB saya bertanya saya kenapa dan untuk apa Datuk Zaid Ibrahim hendak bertanding di Kajang.

Tidak perlu untuk saya menjawab pertanyaan itu kerana ia sia-sia sahaja. Tetapi dasar orang bertanya ia ingin juga mengetahui mengenai pandangan kita terhadap langkah Zaid itu.

Saya tidak memberi jawapan yang kompleks tetapi sekadar mengatakan, Zaid boleh bertanding kerana beliau tidak dihukum oleh mahkamah dalam tempoh terdekat, tidak muflis dan juga tidak gila.

Sesiapa pun yang bebas dari tiga perkara itu boleh bertanding.

Kerana saya pasti kalau Zaid terikat dengan tiga perkara itu dia tidak akan bertanding, kerana pencalonannya nanti akan dibatalkan. Dia seorang peguam terkenal pasti tahu syarat-syarat dan undang-undang Suruhanjaya pilihan Raya(SPR).

Syarat itu ditambah dengan satu lagi syarat namanya ada dalam daftar pemilih.

Jadi soal Zaid, sama ada dia bertanding atau pun tidak, tidak menjadi masalah. Kehadirannya tidak akan memberi apa-apa bekas kepada 'Kajang Move'. Zaid hanya habuk-habuk dan debu-debu kecil saja yang merupakan seni dan keindahan dalam demokrasi.

Kedatangannya cuma boleh mencemarkan tangan, tetapi boleh dibersihkan dalam saat itu juga. Justeru jangan pedulikan beliau dan anggap kewujudannya di Kajang itu hanya mainan ilusi saja.

Saya percaya orang seperti Zaid ramai di Kajang nanti. Mereka yang frust dalam politik atau kalah dalam pilihan raya lalu boleh bermain angin di Kajang. Ramai orang bercita-cita mahu jadi hebat dan merembas keadaan seperti Anwar tetapi tidak menjadi.

Barang tiruan ia tidak tahan lama.

Setidak-tidak dapat bertanding menentang Anwar dalam satu pilihan raya, ia menampakkan seseorang itu hebat.

Anwar ditumpangi dihinggapi bukan sahaja oleh kera, monyet ataupun dedalu tetapi semut gatal dan gajah yang sakit juga ikut sama menumpangi kehebatan Anwar.



* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Pilihanrayakini.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.