Tuesday, March 18, 2014

3 penganggur didakwa bunuh Ketua Wanita UMNO Semenchu

pilihanraya kini     2:30 PM    


Tiga penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh Ketua Wanita Umno cawangan Semenchu, Zalfah Jamaluddin, 68, pada 28 Feb lalu.

Amirul Syahid Mohamad Razali, 20, Hairulnizam Salleh, 25 dan Mazlan Kassim, 21, kesemuanya dari Felda Semenchu didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mangsa di No.36, Blok 2, Felda Semenchu, pada 12.20 tengah hari.

Ketiga-tuga tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin, namun tiada pengakuan direkodkan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 22 April sebagai tarikh sebutan semula kes dan laporan bedah siasat ke atas mangsa.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafi'uddin manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. - Rakyat News.my


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.