Monday, March 3, 2014

Anak lembu mati akibat diliwat

pilihanraya kini     11:26 AM    


Seorang lelaki didakwa melakukan seks luar tabii dengan anak lembu berusia tiga minggu milik seorang penternak lembu di kandang lembu Kampung Chang, di sini.

Perbuatan jijik itu terbongkar selepas pengadu mendapati anak lembu tersebut mati dengan kesan berdarah pada kemaluan.

Menurut sumber, pengadu berusia 50 tahun telah ke kandang lembu miliknya di Kampung Chang kemudiannya mendapati seekor anak lembu bersuia tiga minggu dalam keadaan terbaring dan mengalami pendarahan di bahagian kemaluan.

Katanya, pengadu mendakwa kejadian pertama berlaku pada tiga minggu lalu semasa sampai di kandang lembu dan menjumpai seorang lelaki dipercayai suspek berdiri berhampiran kandang lembu miliknya.

"Pengadu kemudiannya bertanyakan kepada lelaki yang dipercayai suspek dan lelaki itu mengatakan motosikal miliknya rosak sebelum mangsa membantu lelaki tersebut dan beredar dari tempat kejadian," katanya.

Pengadu yang kemudiannya mengesyaki lelaki itu telah melakukan seks luar tabii dengan lembu miliknya.

Kata sumber itu lagi, kemudiannya satu laporan polis telah dibuat mangsa kira-kira jam 6 pagi kelmarin dan Pejabat Vateriner sudah dihubungi untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak a/l Din Keliaw berkata, pihaknya mengakui telah menerima laporan berkenaan tetapi tidak dapat mengesahkan kejadian terbabit. (gambar sekadar hiasan)


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.