Thursday, March 20, 2014

Artis nasyid meninggal dunia akibat lemah jantung

pilihanraya kini     2:00 PM    


AHLI kumpulan Nowseeheart Firdaus Baharuddin menghembuskan nafas terakhirnya kembali ke rahmatullah pada pukul 12.04 tengah malam tadi di Hospital Selayang kerana sakit lemah jantung.

Firdaus atau lebih mesra dipanggil Bob difahamkan berada dalam keadaan koma petang semalam selain jantungnya yang sangat lemah serta terlalu banyak kandungan air di dalam badan.

Pada awal tahun lepas, Bob telah mengundurkan diri dari kumpulan Nowseeheart kerana terpaksa memberikan komitmen kepada tugas di samping masalah kesihatan yang tidak mengizinkan.

Pengunduran beliau agak mengejutkan kerana kumpulan yang dahulunya dianggotai oleh enam orang sahabat, kini hanya tinggal empat orang ahli sahaja yang masih terus aktif memperjuangkan dakwah melalui irama nasyid.

Sebelum Bob, Mujahid Abdul Wahab terlebih dahulu mengundurkan diri dari kumpulan itu.

Berita pemergian Bob disampaikan bekas anggota Nowseeheart Mujahid di dalam laman Facebooknya.

“Innalillah, Bob.. semoga damai di sisiNya, I missed him. – Mujahid,” katanya menurut statusnya.

Jenazah Allahyarham Bob kini difahamkan berada di Taman Melewar, Gombak dan akan dikebumikan pada pukul 11 pagi. – MYNEWSHUB.MY


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.