Wednesday, March 12, 2014

Artis warnai hari penamaan calon di Kajang

pilihanraya kini     2:06 PM    


Pilihanrayakini  sempat merakam kehadiran beberapa orang artis tanah air pada hari penamaan calon di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Mereka adalah bekas penyanyi kumpulan Phyne Ballers, Beego dan Kapten (B) Mohd Nor Bon yang terkenal menerusi drama 'Kaber Hero Kaber Zero'.

Mereka hadir bagi memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun.

PRK Kajang menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara calon BN menentang calon dari Pkr, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. - Pilihanrayakini


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.