Monday, March 10, 2014

Dua penumpang misteri beli tiket bersama

pilihanraya kini     9:55 AM    


Dua penumpang misteri penerbangan MH370 yang didakwa menggunakan pasport curi dari warganegara Itali dan Austria dilaporkan Mirror Online membeli tiket itu bersama.

Menurut Mirror Online, berdasarkan sumber dari China, tiket tersebut dibeli melalui China Southern Airlines menggunakan mata wang Thailand, Baht.

Nombor tiket adalah berturut-turut menandakan bahawa ia dikeluarkan bersama.

Dua tiket yang ditempah melalui China Southern Airlines itu kedua-duanya dari KLIA menuju ke Beijing dan seterusnya ke Amsterdam.

Kemudian, pemegang pasport Itali menuju ke Copenhagen, Denmark mana kala pasport Austria ke Frankfurt, Jerman.

Namun, masih tiada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa mengenai kesahihan dakwaan ini.


1 comments :

Anonymous said...

Mengikut pengalaman saya sbgai ex imm, biasanya yg guna paspot negara2 europe ni adalah dari negara bermasalah asia timur tengah.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.