Monday, March 3, 2014

"Kami memang mahu malukan mereka"

pilihanraya kini     12:00 PM    


“Jika tempoh lapan minit yang Ultras Malaya lakukan semalam (kelmarin) di anggap memalukan negara, bagaimana pula dengan tempoh 30 tahun yang dilakukan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) terhadap bola sepak negara?

Itu reaksi salah seorang penggerak Ultras Malaya yang mempertahankan tindakan mereka mencetuskan kekecohan dengan membakar suar dan membaling bom asap ke dalam padang sehingga menyebabkan perlawanan persahabatan antarabangsa antara skuad kebangsaan dengan Filipina sehingga terpaksa dihentikan selama lapan minit di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kelmarin.

Insiden itu berlaku pada minit ke-30 selepas Ultras Malaya hanya berdiam diri sebaik permainan bermula sebagai tanda protes kepada kepimpinan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah selama 30 tahun.

Ramai menganggap apa yang dilakukan oleh sekumpulan penyokong tegar skuad negara itu adalah keterlaluan walaupun tiada kecederaan dilaporkan namun bagi Ultras Malaya, tindakan itu adalah mesej jelas kepada FAM bahawa mereka akan terus menuntut perubahan dalam badan induk bola sepak itu.

“Memang apa yang kami lakukan itu untuk memalukan FAM. - Harian Metro


1 comments :

Anonymous said...

Nape perlu bangga bila bertindak bodoh?...anak melayu juga yg kononnya hebat sgt...tp masih mengharap bantuan emak bapak!

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.