Saturday, March 15, 2014

#PRKKajang: Kerajaan Selangor kebas RM600,000 - Wee Ka Siong

pilihanraya kini     4:30 PM    


“Sudahlah ambil RM600,000 daripada pemilik kilang di Bukit Angkat, namun sehingga kini bulatan yang dijanjikan masih tidak nampak bayangnya,” demikian kata Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Katanya, lebih malang lagi peruntukan untuk membina bulatan tersebut dipercayai dibiayai oleh dana swasta namun kerajaan negeri masih gagal membinanya.

“Lima tahun lalu, kerajaan negeri sudah kutip daripada para pemilik kilang di Bukit Angkat, jumlahnya RM600,000 dan dijanjikan buat round about.

“Sampai hari ini bayang round about pun tidak nampak, habuk pun tiada, tapi duit telah dikutip,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Manifesto BN untuk PRK N25 Kajang, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, apabila calon PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail melancarkan manifestonya Rabu lalu untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas, membuktikan kerajaan negeri gagal mengotakan janji tersebut.

“Kita minta Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jawab… kerajaan PR, jawab apa sudah jadi dengan dana swasta untuk bina bulatan tersebut,” katanya. - Selangor Press


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.