Monday, March 10, 2014

Media China hentam Malaysia

pilihanraya kini     3:15 PM    



Media di China pada Isnin membidas Malaysia dan syarikat penerbangan negara, MAS berhubung cara mereka menyelesaikan kes pesawat penumpang yang hilang sambil menyeru usaha tindak balas yang lebih cepat dan keselamatan lapangan terbang diperketatkan.

Hampir dua pertiga daripada 239 orang di atas kapal MH370 adalah dari China dan jika kehilangan pesawat itu disahkan, ia akan menjadi bencana udara kedua terburuk dalam sejarah China.

Siasatan telah dijalankan ke atas suspek penumpang selepas kedua-duanya menggunakan pasport yang dicuri di Thailand.

"Pihak Malaysia tidak boleh mengelak daripada tanggungjawabnya," akhbar 'Global Times' menulis dalam ruangan editorialnya.

"Tindakan awal dari Malaysia tidak cukup pantas.

"Terdapat kelemahan dalam kerja-kerja Malaysia Airlines dan pihak berkuasa keselamatan," katanya.

"Jika ia adalah disebabkan oleh kerosakan mekanikal atau kesilapan juruterbang, maka Malaysia Airlines harus dipersalahkan.

"Jika ini adalah satu serangan pengganas, maka pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang Kuala Lumpur dan dalam penerbangan itu boleh dipersoalkan."

'The China Daily' menulis dalam ruangan editorialnya bahawa "unsur keganasan tidak boleh ditolak", dengan pihak berkuasa Malaysia dan antarabangsa masih gagal untuk menjelaskan bagaimana sekurang-kurangnya dua penumpang dapat menaiki pesawat dengan pasport curi.

"Siapakah mereka dan kenapa mereka menggunakan pasport palsu?" soal akhbar tersebut.


2 comments :

Anonymous said...

Yang jual tiket kpd pemegang passport palsu tue bukan south chinese airlines ker?
Untuk tujuan dapatkan visa ke china bukan ke kedutaan china yg proses? Maksudnya passport mesti telah diteliti oleh pihak china bukan?
Adakah penumpang tersebut naik mmg check in dari KL atau just transit sajer dr KL? Itu soalan yg belum terjawab.
Bukan nak emosi... tetapi cara media china nampak over react dr yg sepatutnya. Klau benar MAS dan kerajaan Malaysia bersalah maka memng benar MAS dan kerjaan perlu mengambil tanggungjawab. Tetapi dgn menyalahkan org lain atas suatu yg belum jelas kesahihannga maka amatlah mengecewakan.

Anonymous said...

rakyat china paling ramai hilang. media china sudah mula menyerang malaysia. perang dingin negara kecil malaysia vs china seperti perancangan blok barat sedang ditiup sedikit-demi sedikit. malaysia dan china kena memandang lebih terkehadapan siapakah paling berkemungkinan mengatur rencana ini? blok manakah yg memusuhi china kini? nampaknya malaysia direncanakan menjadi kambing hitam blok barat mengganyang china. ini kemungkinan yang tidak boleh ditolak.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.