Tuesday, March 11, 2014

Menteri mohon maaf isu pesawat patah balik

pilihanraya kini     11:11 AM    


Menteri Pengangkutan Iraq memohon maaf Ahad lalu berhubung kes sebuah pesawat Lubnan yang sedang menuju ke Baghdad diarah berpatah balik untuk mengambil anaknya.

Hadi al-Ameri berjanji untuk menyerahkan anaknya sekiranya penyiasat Iraq mendapati dia ada melakukan kesalahan dan menegaskan bahawa dia sendiri akan menanggung kos penerbangan pesawat Asia Barat itu berpatah balik ketika dalam penerbangan dari Beirut menuju ke Baghdad.

“Saya harap anda maafkan saya atas apa yang berlaku,” kata Ameri ketika sidang media di lapangan terbang Baghdad tetapi dia enggan menjawab sebarang soalan.

“Masa untuk anak pegawai tinggi kerajaan yang melakukan kesalahan dan cuba lari dari hukuman sudah berakhir, dan jika siasatan membuktikan anak saya bersalah, saya sendiri akan membawanya ke mahkamah,” tambahnya merujuk kepada arahan siasatan Iraq oleh Perdana Menteri, Nuri al-Maliki.

“Sebagai menteri, saya akan menanggung kos pengangkutan dan segala kerugian, kerana isu ini membabitkan anak lelaki saya.”

Penerbangan Asia Barat Lubnan berkata Khamis lalu pihak berkuasa Iraq memaksa pesawat itu berpatah balik 20 minit selepas meninggalkan Beirut kerana anak lelaki Ameri, Mahdi terlepas penerbangan.

MEA berkata, penerbangan itu berlepas selepas berkali-kali memanggil dua penumpang yang gagal untuk menaiki pesawat. Penumpang yang tidak menaiki pesawat dikenali sebagai Mahdi al-Ameri, dan pesawat itu berpatah balik ke Beirut.

Susulan insiden itu, Maliki mengarahkan semua yang bertanggungjawab menghalang pesawat yang datang dari Beirut untuk mendarat di Baghdad bertanggungjawab dan dilucutkan jawatan, kata jurucakapnya Ali Mussawi. - AFP


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.