Thursday, March 13, 2014

#MH370: Pekerja pelantar minyak dakwa lihat pesat terbakar

pilihanraya kini     2:30 PM    


Seorang pekerja pelantar minyak warganegara New Zealand mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam, dan percaya objek tersebut adalah pesawat MH370 yang hilang.

Maklumat itu didedahkan oleh wartawan Australia, selepas mendapat surat yang dikirim oleh Micheal Mckay.

Mckay adalah pekerja di pelantar minyak di Sonha Mercur, Tenggara Vietnam.

Dalam suratnya dia mendakwa pesawat yang dilihatnya adalah MH370.

Ini adalah berdasarkan waktu pesawat itu dilaporkan hilang.

Pesawat itu dilihat dari kawasan pelantar minyak di kedudukan 8.9 darjah utara dan 108 darjah timur.

Susulan itu, Mckay menjelaskan beliau telah cuba menghubungi pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam beberapa hari lalu.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.