Friday, March 14, 2014

#MH370: Raja Bomoh nak tampar Khairy macam buaya

pilihanraya kini     7:07 PM    




Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin mengugut mahu menampar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin ekoran kenyataan menteri itu yang menyelar tindakan Ibrahim di KLIA tempoh hari.

Beliau berkata demikian dalam satu rakaman temu bual dengan pihak 'Suara TV' yang tersebar di media sosial hari ini.

Dalam rakaman itu juga, Ibrahim mahu mengumpul kekuatan pengikutnya yang berjumlah 500,000 ahli dan sedia bertempur dengan Khairy.

Ibrahim menyifatkan tindakan Khairy itu adalah perbuatan kurang ajar terhadap orang tua sepertinya. Beliau juga mempertikaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana melantik Khairy dalam jawatan kabinet.

Di akhir rakaman, Ibrahim berkata telah berbincang dengan peguamnya dan bersedia menyaman Ketua Pemuda UMNO itu sebanyak RM100 juta.

Namun, video itu telah mendapat kritikan teruk oleh para komenter di laman Youtube dan menyelar kenyataan Raja Bomoh itu.

Ibrahim sebelum ini menarik perhatian dunia apabila melakukan aktiviti 'ritual' kononnya mahu membantu pihak berkuasa mencari petunjuk kehilangan pesawat MH370. - Pilihanrayakini




1 comments :

assaad said...

Terlampau takbur. Jangan Tok Moh Allah lebih Berkuasa. Kaji diri sendiri dulu. Apa perbuatan tok moh itu tidak syirik. Orang tegur itu, supaya tak melalut-lalut jadinya. Ini nak tampar macam buaya... hebat sangat ke?

fikir-fikir lah

Saat Jais
www.treat-cure.com
http://saatjais.wordpress.com

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.