Friday, March 14, 2014

#PRKKajang: Muhyiddin dedah tembelang Anwar

pilihanraya kini     3:00 PM    


Parti pembangkang akan mewujudkan lebih banyak pilihan raya kecil untuk menunjukkan kepada negara luar mereka mempunyai sokongan rakyat yang lebih banyak berbanding Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tegasnya, parti pembangkang sengaja untuk berbuat demikian hanya untuk menunjukkan kononnya mereka mampu menawan Putrajaya satu hari nanti.

"Akan ada lagi pelbagai pilihan raya kecil atas tujuan ingin menguji kekuatan Pakatan Rakyat. Mereka mahu menonjolkan seolah-olah mereka mendapat sokongan yang besar. Apabila ada pilihan raya kecil di situlah mereka akan ada kekuatan.

"Ini akan diwar-warkan ke seluruh dunia. Kononnya BN menjadi parti yang lemah, Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan dalam PRU14," katanya ketika berucap di program Mesra bersama penduduk di Flat Taman Kota Cheras malam tadi.

Jelasnya, tindakan sedemikian hanya membuang masa masa rakyat yang akan terpaksa mengundi semula.

Namun beliau sifatkan perkara itu tidak akan melemahkan BN, sebaliknya akan menyahut sebarang cabaran mereka dalam setiap pilihan raya kecil sekiranya perkara itu berlaku.

"Kalau ada kekosongan kerusi, BN akan letakkan calon menentang mereka.

"Sebagai parti yang bertanggungjwab, kita mengambilnya sebagai satu tanggungjawab. Tujuannya adalah untuk memastikan kawasan ini dapat pembelaan seadilnya," ujarnya.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang diadakan bagi membolehkan Ketua Umum PKR , Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Lee Chin Cheh dengan sengaja mengosongkan kerusinya pada 27 Januari lalu demi untuk memberi laluan kepada Ketua Umumnya itu.

Anwar bagaimanapun terlucut kelayakan bertanding apabila Mahkamah Rayuan minggu lalu memutuskan beliau bersalah dalam kes liwat dan dihukum penjara lima tahun.

Kemudian PKR memutuskan untuk meletakkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk menggantikan Anwar bagi menentang calon BN dari MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun untuk merebut kerusi yang dikosongkan penyandangnya, Lee Chin Cheh. - Antarapos


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.