Tuesday, March 25, 2014

Najib jadi tumpuan dunia

pilihanraya kini     10:50 AM    


Pengumuman terbaharu yang membongkar kehilangan pesawat MH370 oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak menjadi tumpuan media di seluruh dunia.

Sejam sebelum sidang media itu dibuat, kebanyakan laman web dan blog memberi isyarat bahawa Najib akan membuat akan membuat pengumuman penting.

Ramai pihak sudah membuat pelbagai andaian, namun kesahihan berita tersebut hanya disahkan selepas sidang media itu.

Sidang media berlangsung kurang 10 minit, terus menjadi tumpuan dunia dengan kebanyakan laman web memaparkan tajuk antaranya, "Families told plane lost in Indian Ocean, Flight 370 ended in ocean, Malaysian Airlines to families: None of those on
board survive, Malaysian plane crash into Indian Ocean".

Paparan berita itu rata-rata dikongsi di laman sosial dan Twitter lebih dari sejuta pengguna.

Maklumat terbaharu mengenai susulan penemuan pesawat MH370 itu dijangka menjadi topik utama di seluruh dunia hari ini.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.