Thursday, March 13, 2014

Penerimaan rakyat semakin baik - Chew Mei Fun

pilihanraya kini     1:30 PM    


Calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun mendapat keyakinan kuat untuk meneruskan kempen menjelang Hari Pengundian Pilihanraya Kecil DUN Kajang 23 Mac ini kerana penerimaan baik rakyat khususnya pengundi di DUN Kajang ini.

"Berbanding sebelum ini, nampaknya kali ini nampak lebih baik walaupun baru tiga hari waktu berkempen sebaik hari penamaan calon, 11 Mac lalu, namun sebenarnya sudah 20 hari menemui masyarakat di sini.

"Saya rasa dengan niat kita untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat khususnya pengundi di Kajang ini, mereka telah pun dapat menerima dan faham hasrat kita, jadi harapan saya agar pengundi Kajang dapat menerima dan mengundi saya 23 Mac ini untuk menjadi wakil mereka selepas ini," ujarnya selepas membuat walkabout menemui peniaga di pekan Kajang.

Tambahnya, pendekatannya ialah menemui seberapa ramai pengundi di Kajang, khususnya di kawasan-kawasan yang belum dikunjunginya sebelum ini, selain mendapatkan maklum balas penduduk mengenai permasalahan rakyat di kawasan Kajang ini.

"Masalah yang dihadapi penduduk di sini hampir sama tetapi ada kawasan masalahnya lebih serius seperti masalah infrastruktur yang tidak mendapat penyelerenggaan yang baik, kurang baik pulih dan tidak dijaga dengan baik.

Di kawasan bandar Kajang ini, masalah keselamatan agak kurang baik dan serius. Sehubungan dengan itu, kita harus sediakan perancangan atau mungkin ada cadangan untuk kita meningkatkan keselamatan kawasan di sini," tambahnya lagi. - Sahabat Gunung


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.