Friday, March 28, 2014

#PRKBalingian: Pembangkang menfitnah demi raih sokongan rakyat

pilihanraya kini     5:43 PM    


Tindakan pihak pembangkang yang hanya pandai menabur fitnah dan mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah semata-mata untuk menarik perhatian rakyat supaya memberi sokongan kepada mereka (pembangkang).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberitahu, pembangkang hanya pandai berkata-kata untuk menarik perhatian rakyat agar mendapat sokongan daripada rakyat.

“Cakap memang pandai, cakap itu, cakap ini kata BN jahat dan pembangunan kurang di Mukah.

“Mereka hanya melihat kekurangan BN tetapi apa yang telah diperjuangkan oleh BN kepada rakyat mereka tidak lihat.

“Jika kita lihat kawasankawasan yang telah mereka pimpin ada yang lebih teruk daripada keadaan kita dan mereka sekarang ini ada yang berpecah.

“Oleh itu, mereka dalam parti itu sendiri sudah tidak pandai mengatur macam mana mereka nak atur rakyat?,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Komuniti FELCRA Berhad di Integrasi Kampung Jebungan, Mukah.

Sementara itu Shafie berkata, rakyat harus sedar nikmat yang telah dinikmati selepas kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh kerajaan BN untuk kesejahteraan rakyat.

Beliau memberitahu, selepas kemerdekaan kerajaan sudah berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat dengan membangunkan pelbagai bidang untuk keselesaan kepada rakyat.

“Kita boleh lihat sendiri di Mukah ini khususnya, kita dapat melihat transformasi di sini yang yang mempunyai pembangunan yang tersusun dengan perancangan kerajaan yang terperinci untuk keselesaan rakyat.

“Sesungguhnya pembangunan itu tidak dapat dilaksanakan dengan mudah dan cepat kerana ia amat memerlukan masa dan perancangan yang teliti, maka sebab itu tidak semua permintaan rakyat dapat dilaksanakan dengan segera,” katanya.

Justeru beliau berharap perpaduan negara ini terus dipelihara dengan baik dan jangan cuba sesekali mendengar kata-kata pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba meracuni pemikiran masyarakat di sini.

“Mereka orang luar dan mereka hanya ada di sini untuk pilihan raya sahaja, mereka akan bercakap untuk meracuni pemikiran rakyat.

“Oleh sebab itu, anda semua jangan sesekali mendengar kata-kata mereka yang tidak bertanggungjawab itu kerana mereka akan membawa kemunduran,” katanya.

Pada majlis tersebut, Shafie telah menyampaikan sumbangan peruntukan baik pulih rumah, penyerahan replika kunci dan replika cek kepada Koperasi Desa Lestari Kampung Tellian Tengah dan Hulu.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.