Wednesday, March 19, 2014

#PRKKajang: Anwar mengaku kenal Kapten Zaharie

pilihanraya kini     9:41 AM    


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengaku bahawa juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah mempunyai kaitan dengan menantunya.

“Saya tidak menafikan bahawa dia (Zaharie ) mempunyai kaitan dengan salah seorang daripada menantu saya dan saya pernah bertemu dengannya beberapa kali. Malah, dia juga merupakan rakan kepada R. Sivarasa (Ahli Majlis Tertinggi PKR dan Ahli Parlimen Subang) seperti yang kita katakan sebelum ini,” katanya seperti dilaporkan portal berita Mstar.

“Bagaimanapun, untuk mempolitikkan perkara itu bukan perkara betul. Kita harus menghormati keluarganya dan berdoa untuk mereka tanpa membuat sebarang dakwaan sehingga siasatan selesai,” jelasnya.

Anwar turut mengaku bahawa Zaharie merupakan penyokong tegar pembangkang dan beliau pernah menemui juruterbang itu beberapa kali dalam majlis parti.

“Saya bukan jenis yang menyembunyikan diri daripada bertemu dengan orang ramai, Saya pernah bertemunya sekali dua tetapi tidak ingat berapa kali sebenarnya,” tambah beliau.

Pengakuan Anwar itu bertentangan dengan kenyataan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini yang mendakwa suaminya tidak mengenali juruterbang pesawat MAS MH370 dan merayu supaya masyarakat tidak mengaitkan Kapten Zaharie dengan keluarganya. - Selangorpress.com



0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.