Sunday, March 16, 2014

#PRKKajang: Biar mama bertanding - Wan Azizah

pilihanraya kini     6:01 PM    


Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta pengundi Kajang untuk memberikan peluang kepada beliau pada Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan ini, 23 Mac nanti.

Dalam ceramah beliau di Tapak Karnival Usahawan, di sini, malam tadi, beliau menyeru pengundi Kajang untuk bersama-samanya memberikan signal sebagai tanda protes terhadap sistem perundangan negara kerana menjatuhkan hukuman sekali lagi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Calon PKR itu berkata, bukan mudah baginya menghadapi semua ujian ini.

“Allah beri ujian pada saya. Nak bertanding saya bincang dengan anak-anak. Saya kata papa tak boleh bertanding, kena jatuh hukuman. Anak saya jawab, mama bertanding, kami dah besar, kami jaga mama,” kata Wan Azizah dalam nada sebak.

Beliau mengakui segala ujian menimpa suaminya itu memberi kesan mendalam, selain mengingatkan beliau terhadap peristiwa sama menimpa keluarga pada tahun 1998.

“Come with me, give us all the strength,” rayu beliau lagi dalam ceramahnya itu.

Wan Azizah dalam nada sedih dan sedikit kecewa turut menyatakan bahawa kerusi DUN Kajang itu seharusnya ditandingi oleh suaminya sekiranya beliau tidak dijatuhkan hukuman.

Rata-rata pengundi Kajang ditemui Selangor Press, sebelum ini, mempersoalkan keputusan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah yang membelakangi kehendak pengundi dan tanpa kepimpinan parti ketika membuat keputusan pemilihan calon PKR untuk bertanding di PRK DUN Kajang. - Selangor Press


4 comments :

Anonymous said...

Tu dia drama dari keluarga pembohong...

Anonymous said...

Jam Omega mane kak Jijah?...inilah masa yang sesuai nak tunjukkan...soalannya ade ke takde? Udah-udah lah tipu rakyat....Hanya rakyat yang letak otak kat lutut je yg percaya.Menyedihkan...

Anonymous said...

inilah dikatakan perti yang mendukong kemungkaran. tiada cahaya iman ke didalam hati kak jijah? tak cukup ker khianat pengundi di permatang pauh...?

Anonymous said...

Jaga laki pun tak mampu nak jaga pengundi kajang.......... Gua nak tengok pengundi kajang ni bijak ke bahalol.......

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.