Wednesday, March 19, 2014

#PRKKajang: Chew tolak tawaran Exco Selangor

pilihanraya kini     2:30 PM    


Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun menolak tawaran oleh Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Datuk Teng Chang Khim supaya beliau menarik diri sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Dun Kajang.

Teng dalam satu ceramah pada malam Isnin berkata, dia akan menggunakan kuasanya sebagai exco untuk melantik Chew menjadi Ahli Majlis jika Chew setuju untuk menarik diri.

Chew yang terkenal dengan sikap intergriti tinggi monolak dan menyelar tindakan exco itu yang disifatkanya sebagai bertentangan dengan imej yang mahu ditonjolkan Pakatan Rakyat (PR) iaitu ‘Bersih dan Adil’.

Beliau memberitahu, keputusan untuk kembali ke arena politik bukanlah untuk mendapatkan jawatan dalam parti atau kerajaan, sebaliknya mahu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Jika itu adalah matlamat saya, saya tidak akan melepaskan jawatan saya dalam parti atau kerajaan sebelum ini.

“Saya pulang (kembali aktif berpolitik) kerana saya mempunyai tujuan yang baik dan saya percaya dalam perjuangan parti ,” kata Chew semasa membuat tinjauan mesra di Taman Kantan Permai di sini semalam.

Chew turut melahirkan rasa kesal terhadap tindakan pembangkang yang memanupulasi wajahnya dengan gambar gadis separuh bogel.

“Saya sedih melihat pembangkang yang sudah kehabisan modal hingga sanggup mengaitkan saya dengan gambar gadis separuh bogel.

“Nampaknya pembangkang sengaja main kotor untuk memberi imej negatif kepada saya,” katanya. - Selangorpress.com



1 comments :

Anonymous said...

Silap org lah bukan macam bekas adun pkr suka2 letak jawatan entah berapa di bayar. Rakyat kajang perlu berfikiran ke hadapan untuk masa depan kajang dgn mempunyai seorg wakil rakyat yg komited masalah rakyat.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.