Monday, March 17, 2014

#PRKKajang: Gambar separuh bogel bukan calon BN

pilihanraya kini     4:30 PM    


Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini memberi peringatan kepada tentera siber propembangkang Red Bean Army (RBA) supaya berhenti daripada terus mengelirukan rakyat dengan menyebarkan pelbagai fitnah berhubung pilihanraya kecil Dun Kajang.

Presiden Kongres Muka Buku Selangor (KMBS), Mohd Haziq Syahmi, RBA bertindak secara tidak berperikemanusiaan apabila sesuka hati menyebarkan maklumat tidak benar dan mengguna teknik ‘photoshop’ untuk memburukkan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun.

“Golongan itu sangat jahat dan tidak mempunyai perasaan, mereka hanya mahu memalukan dan memburukkan imej calon BN.

“Cukup-cukuplah RBA. Sampai bila anda mahu menjadi ‘hamba’ kepada ahli politik yang sanggup berbuat apa sahaja demi kuasa politik?” katanya ketika dihubungi Selangor Press di sini hari ini.

Menurut Mohd Haziq, RBA juga bertindak melampau apabila memperlekehkan usaha calon BN mendekati masyarakat Cina di Kajang.

Hari ini, sebuah akuan di Facebook dikesan menyebarkan gambar fitnah calon BN dalam keadaan separuh bogel. Gambar itu turut tersebar di Twitter. - Selangorpress.com


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.