Sunday, March 16, 2014

#PRKKajang: Jentera poster PRK Kajang terlibat kemalangan

pilihanraya kini     4:30 PM    


Dua orang jentera poster Barisan Nasional (BN) dikejarkan ke hospital setelah motosikal dinaiki mereka mengalami kemalangan, berhampiran Kantan Permai di sini, 4.00 pagi tadi.

Semasa kemalangan, mangsa sedang bertugas memasang poster dan bendera BN sempena Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang.

Kemalangan ini merupakan kejadian pertama seumpama ini berlaku sepanjang tempoh berkempen.

Seorang mangsa, Muhammad Firdaus, dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami ‘partial memory lost‘ akibat hentakan di kepala.

Manakala seorang lagi mangsa masih menerima rawatan di Wad Kecemasan, Hospital Kajang. - Selangor Press


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.