Thursday, March 13, 2014

#PRKKajang: Manifesto Pkr mengarut

pilihanraya kini     9:44 AM    


Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong mencabar kerajaan negeri supaya menyediakan kemudahan infrastuktur yang sempurna bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Kajang yang semakin kritikal.

Beliau memandang serius terhadap sikap 'lepas tangan' kerajaan negeri yang gagal menambah baik lalu lintas sedia ada hingga boleh melumpuhkan bandar Kajang pada waktu puncak.

"Pakatan Rakyat harus insaf bahawa masalah kesesakan lalu lintas adalah satu masalah sangat serius.

"Kenapa kerajaan boleh gunakan dana rakyat untuk bina jejambat i-City tetapi di sini (Kajang) mereka tidak beri apa-apa sedangkan isu rakyat perlu diutamakan," katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi, di Sungai Chua, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut manifesto PKR hari ini yang dilancarkan oleh calonnya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, antara lain turut menyentuh menangani masalah kesesakan lalu lintas di Kajang.

Mengulas lanjut, katanya biarpun MCA tewas pada PRU13 lalu, namun Kerajaan Persekutuan masih menjalankan tanggungjawab mereka dengan membawa masuk projek Projek Laluan 1 Transit Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang yang dijadualkan siap menjelang 2018.

"Kerajaan Pusat telah membawa masuk projek MRT ke kawasan ini tapi saya rasa takut pula mereka akan memutarbelitkan projek itu bahawa ia atas belas ihsan kerajaan negeri," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga membidas pemimpin pembangkang yang menuduh kerajaan BN tidak menunaikan janji pilihan raya sebaliknya mereka sendiri melakukannya termasuk mengenakan caj cukai pintu dan lesen perniagaan yang tinggi.

"Dulu kata tidak akan naik cukai pintu, saya hairan mereka gunakan DBKL sebagai contoh untuk belasah BN.

"Kenapa mereka membisu soal kenaikan lesen, dari 46 hingga 500 peratus pada masa ini. Mereka tidak memikirkan soal hidup orang susah dengan menaikkan kadar lesen sewenang-wenangnya," katanya lagi.


2 comments :

Anonymous said...

Walaupun ternyata Pakatan Haram sudah banyak kali menipu rakyat tetapi rakyat yang masih terkonyong-konyong menyokong Pakatan Haram kerana teruja dengan fitnah dan janji manis dan sebab dengki pada kerajaan BN/UMNO. Hasad dengki mereka tidak akan terhapus sampai mampus.

Anonymous said...

Sebab itu rakyat selangor kena bala tak cukup air kerana bersetuju dan mengiakan fitnah dengan menyokong parti yg sering berbohong dan menabur fitnah.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.