Thursday, March 20, 2014

#PRKKajang: Mat Taib perlekehkan keupayaan BN

pilihanraya kini     3:00 PM    


Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib memperlekehkan keupayaan yang dimiliki oleh Barisan Nasional (BN) untuk mengemudi sistem pentabiran pada masa kini.

Muhammad berkata, kerajaan sekarang memerlukan pembaharuan kerana BN tidak berupaya untuk mentadbir pemerintahan dan hanya mendatangkan masalah kepada rakyat pada masa kini.

"Pendapat saya, kerajaan memerlukan sedikit pembaharuan kerana BN sudah menurun dari segi pretasi.

"Saya lihat BN tidak berupaya, terlalu banyak masalah yang dipikul sekarang ini. Tidak dapat mengawal kenaikkan barang-barang dan keadaan keselamatan tidak dititik beratkan dimana seolah-olah pucuk pimpinan tidak kurang memberi tumpuan kepada perkara-perkara mengikut keutamaan," katanya ketika berucap di Program Ceramah Perdana Kajang ke Putrajaya di Sungai Sekamat , di sini malam tadi.

Tambah beliau, seharusnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengeluarkan ulasan yang cepat berhubung isu Kassim Ahmad yang menerajui pergerakkan anti hadis.


"Apabila Kassim Ahmad diberikan peluang sekali lagi membentangkan pendapat gerakkan anti hadis yang diberikan peluang dan tempat di Yayasan Pemikiran Perdana dan dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri. Sudah jelas ia bertentangan dengan ajaran agama kita dan kemana ingin dibawanya kita semua ini.

"Pada 2minggu lepas, Kassim Ahmad telah mengatakah kalimag syahadah hanya أشهد أن لا لإله لإلا الله manakala hadis dibuang. Ia telah melibatkan akidah dan jikalau begitu pemikiran kepimpinan negara dan bekas pemimpin membawa seperti itu, saya merasakan kita tidak harus bersama mereka," katanya lagi.

Beliau juga mempersoalkan tindakan menteri dan pihak kerajaan yang sengaja memutarbelitkan maklumat yang perlu masyarakat tahu perkembangan semasa mengenai kehilangan peawat MH370.

"Lihat sahaja krisis kapal terbang yang hilang ini diuruskan, selepas seminggu mencari di Laut China selatan kemudiannya di Lautan Hindi. Kita dengar hari ini menteri ini berkata begini, besok lain pula kenyataannya.

"Kita mempunyai alat-alat yang canggih. Belanja bukan main banyak, ada kapal selam, kapal terbang dan satelit sehingga MH370 hilang begitu sahaja tanpa dikesan.

"Maklumat yang disampaikan juga bercanggah-canggah," ujarnya. - Rakyatnews.my


2 comments :

Anonymous said...

Mat taib manusia tak berprinsip. Bila tak da jawatan dlm umno terus merajuk dan sekarang apa yg umno buat semua salah. Ramai pagi pemimpin umno yg mcm mat taib ni dan besok2 bila kalah dlm pemilihan umno atau tak terpilih jadi calun maka keluar parti dan mula ckp semua yg kerajaan buat tak betul. Eloklah dia org ni join pakatan haram...bankrup idea dan penting diri sendiri...

ajai62 said...

Assalam Bro

Inilah MB yang cuba seludup duit ke Australia... siap berbohong lagi tak pandai berbahasa Inggeris... Orang tua dah nyanyuk ni buat apa di layan... Inilah hantu-hantu yang hidup untuk menyusahkan hidup rakyat... Dia lupa zaman kegampangan dia masa dalam UMNO dah berlalu... kubur dah kata marilah tu...

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.