Monday, March 17, 2014

#PRKKajang: Parti politik langgar kesalahan pilihanraya

pilihanraya kini     2:30 PM    


Beberapa kesalahan di bawah Akta Pilihanraya dikesan sepanjang tempoh berkempen sempena Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang, hasil tinjauan Selangor Press ke lokasi-lokasi tumpuan di kawasan ini.

Antara kesalahan termasuklah memasang bahan kempen dan poster calon sehingga mengganggu penglihatan pengguna jalan raya di beberapa persimpangan termasuk di simpang tiga Jalan Saujana Impian.

Kesalahan lain turut dikesan adalah di sekitar Jalan Sungai Jelok yang memaparkan poster tertera gambar bukan calon turut dipasang bersama-sama gambar calon PKR.

Sebelum ini, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah berjanji akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang pilihan raya, khususnya di bawah Seksyen 4A, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

SPR juga mengingatkan parti politik yang bertanding supaya tidak memaparkan bahan kempen yang mempunyai unsur hasutan dan permusuhan, termasuk menimbulkan perkara-perkara tidak berkaitan dengan pilihanraya. - Selangorpress.com


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.