Thursday, March 13, 2014

#PRKKajang: Peniaga pasar malam Sg. Sekamat dihalau MPKj

pilihanraya kini     9:56 PM    


Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun mendesak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk menimbang kembali hasrat menutup Pasar Malam Kampung Sungai Sekamat yang dikhuatiri bakal menjejaskan pendapatan kalangan peniaga setempat.

Khairul Azwan yang ditemui di Kajang sempena Pilihanraya Kecil Dun ini mendakwa alasan yang diberikan MPKj untuk menutup pasar malam tersebut dianggap tidak relevan terutama apabila menimbangkan keperluan penduduk setempat dan peniaga.

“MPKj perlu menyediakan lokasi lebih baik untuk menggantikan tapak pasar malam sedia ada. Tindakan MPKj yang mengarahkan penutupan pasar malam tanpa melalui perbincangan dengan kumpulan peniaga merupakan ketidakadilan terhadap mereka. Dan Pemuda UMNO memandang serius perkara ini.

“Kita akan cuba berbincang dengan pihak MPKj agar penyelesaian yang memuaskan hati semua pihak dapat dicapai. Lebih-lebih lagi golongan peniaga ini sebilangan besarnya adalah kalangan peniaga Melayu.”

Arahan mengenai penutupan tapak pasar malam tersebut diterima penganjur pasar malam, baru-baru.

Namun penganjur memaklumkan bahawa tiada sebarang kata putus pun dicapai antara MPKj dan kumpulan peniaga pasar malam itu mengenai hal tersebut sebelum ini.




0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.