Friday, March 14, 2014

#PRKKajang: Tidak akan menyesal undi Mei Fun

pilihanraya kini     6:30 PM    




Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil merayu kepada pengundi Dun Kajang supaya memberi peluang kepada calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun untuk memenangi kerusi tersebut.

Shahrizat berjanji bahawa kemenangan ke atas Mei Fun tidak akan menyebabkan pengundi Dun ini menyesal.

"Anda (pengundi Kajang) pilih Mei Fun, anda pasti tidak akan menyesal.

"Kerana sudah terbukti BN sejak merdeka mampu membawa kepada kestabilan serta keharmonian negara.

"Oleh itu, saya minta sangatlah pengundi Dun Kajang memberi peluang kepada Mei Fun," katanya ketika ditemui Sinar Harian Online. 

Sementalah disoal mengenai peranan yang akan dimainkan oleh Wanita Umno untuk mencapai matlamat tersebut, Shahrizat menjelaskan segala keringat akan digunakan bagi memenangkan calon BN itu.

"Kita akan turun rumah ke rumah bagi membantu Mei Fun berkempen.

"Strategi kita ialah, kita akan pastikan segala isu semasa akan 'dihadam' oleh pengundi, ini bagi memastikan mereka mendapat maklumat sebenar dan tidak mudah ditipu oleh dakyah pembangkang," katanya.

PRK Dun Kajang pada 23 Mac ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mei Fun yang mewakili BN dan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

PRK Kajang diadakan susulan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya
Lee Chin Cheh daripada PKR 27 Januari lalu.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.